Tuneboss Pink Racing menyengat!!

Ini merupakan entry sulung saya dalam journal atas talian.. setiap coretan nukilan kupasan ini sekadar daripada pandangan peribadi sahaja..

Aku yang terselit!

Malaysian CubPrix Round 3 - Sepang Utara

Semalam merupakan satu detik yang amat membanggakan Pasukan Tuneboss Pink Racing - TBPR, ini adalah kerana Harith Farhan atau lebih kenali sebagai belalang yang merupakan pelumba TBPR kategori CP125 berjaya menaiki podium.


Ini merupakan kejayaan sulung TBPR yang boleh juga dikatakan sebagai Newbies dalam arena permotoran CubPrix. Meskipun ada pihak yang mungkin memandang TBPR sebagai pasukan mentah namun ianya tidak mematahkan semangat Pengurusnya iaitu Atikah atau lebih mesra dikenali sebagai Ika.


Sepanjang bersama Pasukan TBPR ini, banyak juga segala peristiwa suka duka kelakar sendu sayu disaksikan.. Secara jujurnya saya yang masih kosong dalam arena permotoran ini pun serba sedikit merasai dan merasai tempiasnya segala kepayahan.


Setelah beberapa pusingan saya sertai sebagai jurugambar, jelas terbayang semakin hari semakin kuat bonding antara krew dan pelumba, ini dapat saya lihat sendiri pada sesi Qualifiying semalam apabila melihat krew dan pelumba mempunyai komunikasi dua hala yang terbaik, baik kategori CP125 atau kategori WIRA.


Hasil daripada cara inilah yang membuahkan hasil apabila pelumba TBPR berjaya mengisi petak permulaan di kelompok hadapan.





Jangan dilupa keadaan jentera yang terbaik juga adalah faktor utama kejayaan TBPR, syabas kepada ketua mekanik, Fakar dan beberapa mekanik yang lain. semalam juga saya sempat berbual ringkas dengan ketua mekanik saya agak terkejut bila mendengar, tiada satu pun keluar dari mulutnya nak mengatakan pasukan lain jentera kurang bagus prestasinya.. dia sendiri kagum dengan keadaan jentera pasukan lain, semua hebat belaka kata dia..



Dengan itu, saya berharap pasukan TBPR ini lebih kehadapan, mantap, dan dapat banyak-banyak podium..

Untuk line-up pelumba TBPR, Harith Farhan, Saiful Azhary, Siti Norafizah Mohamad dan Siti Norsyafiyah Alia Saarizan "Full Gasss" jangan lupa "Pinkkan Dia!!!!".




Comments

Popular posts from this blog

Pejuangan Seorang diri no 17!!