Pejuangan Seorang diri no 17!!

Saiful berusaha keras untuk berada di kelompok hadapan.

Berjuang sendirian.. itulah ungakapan yang mampu saya lontarkan kepada pelumba kategori CP125 dari TuneBoss Pink Racing.

Saiful atau lebih gemar dipanggil Adek terpaksa bertarung bersendirian didalam kelompok hadapan.

Ini adalah kerana pelumba TBPR Harith Farhan dan Fifie terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam perlanggaran antara satu sama lain.

Saingan sengit dalam kategori CP125

Perlumbaan kali ini nampak sengit meskipun keadaan litar agak licin akibat hujan lebat sebelum itu, namun ianya tetap memberikan saingan sengit kepada pelumba yang lain.

Ini dapat dilihat pelumba dari YY Pang Racing bernombor 18 Adib berhempas pulas untuk merapatkan jenteranya untuk berada dikelompok hadapan.

Apa pun saya sememangnya sedih dengan apa yang berlaku. Namun mungkin ini ada hikmahnya.. 

Mungkin podium di Pusingan ke 5 dan 6 di Kuala Terengganu akan datang baka meyaksikan TOP 3 milik TBPR?

Ayuh! sama-sama kita doakan.


Comments

Popular posts from this blog

Tuneboss Pink Racing menyengat!!