Posts

Showing posts from September, 2021

Pejuangan Seorang diri no 17!!

Image
Saiful berusaha keras untuk berada di kelompok hadapan. Berjuang sendirian.. itulah ungakapan yang mampu saya lontarkan kepada pelumba kategori CP125 dari TuneBoss Pink Racing. Saiful atau lebih gemar dipanggil Adek terpaksa bertarung bersendirian didalam kelompok hadapan. Ini adalah kerana pelumba TBPR Harith Farhan dan Fifie terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam perlanggaran antara satu sama lain. Saingan sengit dalam kategori CP125 Perlumbaan kali ini nampak sengit meskipun keadaan litar agak licin akibat hujan lebat sebelum itu, namun ianya tetap memberikan saingan sengit kepada pelumba yang lain. Ini dapat dilihat pelumba dari YY Pang Racing bernombor 18 Adib berhempas pulas untuk merapatkan jenteranya untuk berada dikelompok hadapan. Apa pun saya sememangnya sedih dengan apa yang berlaku. Namun mungkin ini ada hikmahnya..  Mungkin podium di Pusingan ke 5 dan 6 di Kuala Terengganu akan datang baka meyaksikan TOP 3 milik TBPR? Ayuh! sama-sama kita doakan.

Tuneboss Pink Racing menyengat!!

Image
Ini merupakan entry sulung saya dalam journal atas talian.. setiap coretan nukilan kupasan ini sekadar daripada pandangan peribadi sahaja.. Malaysian CubPrix Round 3 - Sepang Utara Semalam merupakan satu detik yang amat membanggakan Pasukan Tuneboss Pink Racing - TBPR, ini adalah kerana Harith Farhan atau lebih kenali sebagai belalang yang merupakan pelumba TBPR kategori CP125 berjaya menaiki podium. Ini merupakan kejayaan sulung TBPR yang boleh juga dikatakan sebagai Newbies dalam arena permotoran CubPrix. Meskipun ada pihak yang mungkin memandang TBPR sebagai pasukan mentah namun ianya tidak mematahkan semangat Pengurusnya iaitu Atikah atau lebih mesra dikenali sebagai Ika.    Sepanjang bersama Pasukan TBPR ini, banyak juga segala peristiwa suka duka kelakar sendu sayu disaksikan.. Secara jujurnya saya yang masih kosong dalam arena permotoran ini pun serba sedikit merasai dan merasai tempiasnya segala kepayahan. Setelah beberapa pusingan saya sertai sebagai jurugambar, jel...